Pengebumian mangsa serangan Christchurch bermula hari ini
Iklan
CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Enam hari selepas serangan masjid di Christchurch yang meragut 50 nyawa, sebahagian keluarga mangsa akhirnya dapat menjalankan pengebumian.
Pasukan polis dilapor mengawal ketat keadaan di Tanah Perkuburan Memorial Park Linwood, terletak berhampiran Masjid Linwood yang juga salah satu sasaran serangan pengganas pada Jumaat lalu.