Ramai tampil bantu setelah dapat liputan media
Iklan
Kasturi (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Chitrawathy (tiga, kiri).
KLUANG - Wanita dari Taman Sri Jaya, di sini, yang menderita kaki kiri membesar sejak 22 tahun seperti yang disiarkan Sinar Harian pada 9 Mac lalu lalu mendapat perhatian pasaraya Econsave Kluang, semalam.
K Chitrawathy, 42, berkata, sejak kisahnya mendapat liputan media, ramai tampil membantu sama ada dari segi kewangan atau sokongan moral dan ini memberinya lebih semangat dan kekuatan untuk melawan penyakitnya itu.
Iklan
Iklan
"Selain itu, ada juga individu yang mendakwa penyakit saya ada penawar, namun saya perlu sediakan kos RM1 juta dan bagi saya, individu tersebut seperti mengambil kesempatan terhadap penyakit saya ini.
"Lagipun, saya tidak ada duit sebanyak itu dan saya hanya risau menjadi mangsa penipuan atau 'scammer' dan saya sendiri pun tak yakin kerana RM1 juta bukan jumlah yang sedikit," katanya sewaktu menerima kunjungan Pengurus Econsave Kluang, V Kasturi di rumahnya, semalam.
Iklan
Menurutnya, selain itu, ada pihak yang menyarankannya agar menjalani rawatan di India dengan kos keseluruhan sebanyak RM50,000, namun tiada sebarang jaminan penyakitnya itu dapat disembuhkan atau sebaliknya.
Katanya, dia kini hanya menjalani rawatan secara tradisional di Benut, Pontian selain terpaksa mengambil ubat pencair darah setiap hari bagi mengelakkan kakinya menjadi kebas selain bagi memudahkannya bergerak termasuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan sebagainya.
Iklan
"Sekarang, kesan penyakit saya ini turut menjejaskan kesihatan saya apabila bahu dan pinggang saya kini sakit selain tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama dan bila terlalu sait, saya perlu pergi ke hospital atau klinik untuk mengambil suntikan.
"Terima kasih juga kepada Sinar Harian dan Econsave Kluang kerana membantu saya dan ada beberapa pengguna media sosial turut menghubungi saya dan menzahirkan perasaan simpati dan bagi saya, itu sudah cukup," katanya.
Sementara itu, Kasturi berkata, pihaknya menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak kepada Chitrawathy selepas mendapat tahu tentang penderitaan yang dialaminya.
Menurutnya, pihaknya berharap bantuan itu dapat meringankan kesulitan dialami keluarga berkenaan dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang prihatin dengan golongan memerlukan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>