Penggemar sukan papan luncur air melakukan aktiviti meluncur di tengah gelombang ombak besar di Pantai Karambunai, Kota Kinabalu, hari ini.
Sukan papan luncur kini semakin diminati oleh golongan belia dan remaja di sini. Rata-rata peminat sukan itu melakukan aktiviti tersebut semasa musim monsun kerana faktor ombak besar dan tinggi yang membolehkan mereka meluncur dengan baik.