England, Republik Czech boikot aksi menentang Rusia

Iklan
England menyatakan pendirian mereka untuk tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan antarabangsa menentang Rusia sebagai tindak balas terhadap konflik di Ukraine.

ENGLAND menyatakan pendirian mereka untuk tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan antarabangsa menentang Rusia sebagai tindak balas terhadap konflik di Ukraine.

Tindakan England itu hadir selepas beberapa negara Eropah seperti Republik Czech, Poland dan Sweden membuat keputusan memboikot aksi menentang Rusia.

Iklan
Iklan

"Demi solidariti dengan Ukraine dan mengutuk sepenuh hati kekejaman yang dilakukan Rusia, kami tidak akan bermain menentang Rusia dalam sebarang perlawanan antarabangsa pada masa hadapan.

"Ia termasuk sebarang perlawanan di mana-mana peringkat senior, kumpulan umur atau bola sepak para,” menurut kenyataan FA England.

Iklan

Persatuan Bola Sepak Czech turut mengesahkan pasukan kebangsaan negara itu tidak akan menentang Rusia yang mungkin bakal menjadi lawan mereka pada playoff Piala Dunia 2022.

"Pasukan kebangsaan Czech tidak akan menentang Rusia sekiranya dijadualkan menentang mereka pada playoff Piala Dunia,” kata persatuan itu menerusi satu kenyataan.

Iklan

Keputusan sama turut diambil Sweden dan Poland sebagai tanda sokongan terhadap Ukraine susulan konflik yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Republik Czech dijadual bertemu Sweden dalam aksi pusingan pertama playoff di Stockholm pada 24 Mac ini manakala Rusia sepatutnya menanti kunjungan Poland di Moscow pada hari sama.

Malah, Persekutuan Bola Sepak Sweden dan Czech menerusi satu kenyataan pada Khamis lalu mendesak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengubah lokasi perlawanan itu dari Rusia.