Laungan 'malu apa bossku' bergema di Tesco Senawang

Iklan
Najib diserbu pengunjung semasa membeli-belah barangan dapur di Tesco Senawang.

SENAWANG - Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang di sini, untuk berjumpa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, malam ini.

Beliau yang singgah ke pasar raya berkenaan pada jam 9 malam meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak, dan sayur.