PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3 Raub, Pahang tamat esok: MKN

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan pada Isnin mengikut jadual.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan situasi semasa di lokaliti terbabit.

Iklan
Iklan

PKPD di kawasan terbabit dilaksanakan mulai 2 Februari lalu.

Beliau juga memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan PKPD di lokaliti lain pada Ahad. - Bernama

Iklan
Iklan