27,299 kes baharu Covid-19 pada Sabtu

Iklan
Sebanyak 27,299 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 27,299 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,395,170 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 27,043 kes tempatan dan 256 kes import.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 27,170 kes yang dilaporkan atau 99.53 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan, manakala sebanyak 129 kes atau 0.47 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

"Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,324 kes atau 67.12 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori dua, sementara 8,846 kes atau 32.41 peratus kategori satu.

Iklan

"Bagi kategori tiga, terdapat 62 kes (0.23 peratus), kategori empat dengan 33 kes (0.12 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 34 kes (0.12 peratus)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 129 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 32 kes atau 24.81 peratus dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

Iklan

"71 kes atau 55.04 peratus sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 26 kes pula sudah menerima dos penggalak.

"Selain itu, 65 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas, 35 kes mempunyai komorbid dan satu kes ibu mengandung.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak tujuh kluster baharu direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 494.

"Sebanyak 348 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 153 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 195," katanya.

Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, jelasnya, sebanyak 203 kes dilaporkan dengan 91 kes disahkan Covid-19 dan 112 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Lima negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Kelantan mendahului sebanyak 94 peratus, Melaka (71 peratus), Johor (67 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus) dan Putrajaya (50 peratus).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 22,710 kes sembuh pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,063,560 kes setakat ini.