Kids#QuranHour sarat aktiviti ilmiah
Iklan
Dalilah bersama kanak-kanak tadika yang menyertai Kids#QuranHour Tadika Swasta Negeri Melaka.
MELAKA - Program Kids#QuranHour Tadika Swasta Negeri Melaka yang diadakan di Masjid Cina, Krubong di sini hari ini menerima sambutan hangat apabila lebih 700 kanak-kanak dari 27 buah tadika seluruh negeri menyertainya.
Program anjuran Persatuan Tadika Swasta Negeri Melaka (PTSNM) turut mendapat kerjasama Masjid Cina Negeri Melaka dan Rumah Ngaji Melaka.
Iklan
Iklan
Pengerusi PTSNM, Suhaili Othman berkata, ini adalah penganjuran kedua Kids#QuranHour membabitkan tadika swasta di negeri ini dan berharap akan lebih banyak lagi tadika yang berdaftar di bawah Unit Pendidikan Swasta Negeri Melaka menyertainya pada masa akan datang.
"Alhamdulillah pada tahun ini kita tetap memperolehi menyertai lebih 700 kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun meskipun tidak sampai 10 peratus daripada 400 tadika swasta yang berdaftar seluruh negeri.
Iklan
"Kebanyakan tadika memberi alasan tidak mendapat perlepasan ibu bapa akibat cuaca panas pada masa kini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Sebahagian gelagat kanak-kanak yang menyertai program ini.
Majlis disempurnakan isteri Ketua Menteri Melaka, Dalilah Awaludin merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat PH Melaka (Harwanis).
Iklan
Tambah Suhaili lagi, pendekatan penganjuran pada tahun ini agak berbeza apabila menambah beberapa lagi persembahan berbentuk ilmiah seperti laungan azan dan persembahan nasyid.
"Kami akan meneruskan acara ini pada masa akan datang di samping menyeru kepada tadika-tadika yang masih baru supaya menghubungi PTSNM kerana kami banyak menyalurkan pelbagai aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah yang berguna buat guru-guru dan anak-anak," jelasnya.
Dalilah selepas merasmikan program Kids#QuranHour Tadika Swasta Negeri Melaka.
Sementara itu, Dalilah berkata, pihaknya menyambut baik penganjuran Kids#QuranHour berkenaan yang dianggap sebagai satu aktiviti murni dalam usaha menerapkan al-Quran dalam jiwa di kalangan kanak-kanak.
"Saya rasa program sebegini sepatutnya diadakan lebih kerap lagi, sekurang-kurangnya setahun dalam dua kali dan menyeru kepada semua tadika yang ada di negeri ini supaya turut sama mengadakan program Kids#QuranHour seperti ini.
"Selain program berasas al-Quran, banyak lagi program seumpamanya boleh dianjurkan seperti berasaskan kebudayaan, sukan dan sebagainya. Cuma pada masa akan datang harus melibatkan lebih ramai lagi kehadiran kalangan ibu bapa," katanya.
Dalilah menyempurnakan simbolik perasmian.
Pada majlis berkenaan Dalilah yang mewakili Harwanis turut menyumbang sebanyak RM500 bagi menjayakan program tersebut pada masa akan datang.
Program Kids#QuranHour Tadika Swasta Negeri Melaka yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu dimulakan dengan acara perarakan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Solat Duha berjemaah dan seterusnya acara utama iaitu membaca al-Quran dan mentadabbur maksud ayat yang dipimpin oleh Imam Masjid Cina, Ustaz Murad Ahmad.
Selain, peserta dan ibu bapa turut dihiburkan dengan pelbagai jenis persembahan yang dibawa oleh kanak-kanak seperti bacaan ayat al-Quran, azan serta persembahan nasyid.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.