Gangguan air di 42 kawasan terjejas pulih sepenuhnya
Iklan
SHAH ALAM - Sebanyak 42 kawasan yang terlibat gangguan air tidak berjadual pada Jumaat telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 pagi Sabtu.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook berkata, kawasan terletak di Shah Alam, Klang dan Petaling itu sebelum ini terjejas susulan kerja-kerja pembaikan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8 di sini.