SEREMBAN - Seorang penuntut universiti mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 kerana ditipu individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam kejadian di Rompin dekat sini, tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.13 petang, lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menerima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat.