Azalina selar sikap ahli politik memalukan individu lain
Iklan
Azalina
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyelar ahli politik yang menyalah dan memalukan individu lain dalam permainan politik mereka.
Katanya, permainan politik seperti ini bukan cara orang Johor dan mempersoalkan di manakah maruah ahli-ahli politik itu.
Iklan
Iklan
"Di manakah maruah anda wahai ahli politik? Apabila anda melukis lawan anda dengan hitam dan menganggap mereka tidak layak?," kata Azalina menerusi ciapan bertajuk 'Kluster dan Koloni' di Twitternya pada Isnin.
Azalina menerusi 'Renungan Isnin' itu berkata, beberapa ahli Parlimen kluster mahkamah adalah kepunyaan UMNO dan beberapa lagi adalah milik parti politik lain.
Iklan
Tambahnya, beberapa ahli Parlimen kluster mahkamah ini telah dilukis hitam dan yang lain adalah neutral.
"Semua ahli Parlimen kluster mahkamah adalah lelaki, tiada daripada mereka wanita. Beberapa ahli Parlimen menjadi katak dan kes-kes mereka digugurkan," katanya dengan nada menyindir.
Iklan
Beliau turut menyatakan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini adalah untuk pengundi-pengundi Johor dan mereka akan mengundi pada waktu tersebut serta sebuah kerajaan negeri baharu akan dibentuk selepas itu.
"13 Mac 2022 hidup kita akan diteruskan dan begitu juga prosiding mahkamah terhadap kluster mahkamah," jelasnya.
Dalam pada itu, Azalina juga menggesa agar ahli politik menghentikan kempen fitnah kerana usaha mereka ini akan menjadi sia-sia.
"Demokrasi dan kedaulatan undang-undang akan diguna pakai. Sediakan 'popcorn', perhatikan kolam besar.
"Koloni katak berleluasa, manakala undang-undang anti lompat berjalan dengan lancar," ujarnya.
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com