MIAMI - Sebuah helikopter terhempas di Pantai Miami di lokasi hanya beberapa meter dari pengunjung yang sedang mandi-manda di pusat peranginan itu pada tengah hari Sabtu.
Polis Pantai Miami (MBPD) ketika mengesahkan kejadian berkata, dua penumpang pesawat telah dibawa ke Hospital Memorial Jackson dan berada dalam keadaan stabil.
Penumpang ketiga tidak cedera, kata Polis Pantai Miami kepada CNN.
Polis berkata mereka menerima panggilan mengenai nahas berhampiran 10 Street pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu.
"Tengah hari tadi, pada jam 1.10 petang, MBPD menerima panggilan berhubung nahas helikopter di pantai berhampiran 10 Street.
Polis mengesahkan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) juga telah dimaklumkan.
Polis turut menutup pantai yang meriah dengan pengunjung serta kafe luar, restoran dan kedai itu. - Awani