Pemegang siijl halal rumah sembelih wajib labelkan setiap ayam

Iklan
Foto 123rf

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mewajibkan semua pemegang sijil pengesahan halal Malaysia bagi rumah sembelih di negeri ini supaya meletakkan label pada setiap ayam mentah selepas siap diproses.

Pengarahnya, Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, pemegang sijil perlu meletakkan label halal di bahagian paha ayam mentah selepas siap proses dan boleh menggunakan bungkusan plastik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, arahan itu dibuat selaras dengan ketetapan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) tahun 2020.

"Bahagian Pengurusan JAIP kerap menerima aduan orang awam berkaitan bekalan ayam diperoleh di semua pasar raya dalam negeri Pahang dan keliru dengan label sijil halal yang dipamerkan oleh peniaga.

Iklan

"Jadi, bagi mengelak kekeliruan orang awam, kita memutuskan untuk mewajibkan semua pemegang sijil pengesahan halal bagi Skim Rumah Sembelih di Pahang menerusi edaran kepada pengurusan rumah sembelihan menerusi edaran surat pada 14 Februari lalu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum ini timbul isu apabila penjual ayam menggantung sijil halal milik rumah penyembelihan yang bertentangan syarat Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) tahun 2020.

Iklan

Beliau menjelaskan, maklumat yang perlu dilabelkan perlu mengandungi nama produk, alamat pemegang SPHM, logo halal berserta nombor MS dan nombor rujukan fail.

Katanya, setiap label pembungkusan hendaklah dicetak dengan jelas dan tidak mudah dipadamkan.

"Sebarang tuntutan pada label produk hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

"Pelabelan produk yang diproses dan dibungkus dalam negara hendaklah menggunakan Bahasa Melayu dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zulkifle berkata, pegawai pemeriksa bahagian pengurusan halal JAIP boleh mengeluarkan notis ketidakuran bagi kesalahan tersebut jika gagal mempamer label.