Aaron-Wooi Yik tunduk kepada beregu Jepun
Iklan
BEREGU pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meraih mata kedua negara apabila tewas 21-23, 16-21 kepada beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Takei pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan saingan sengit apabila kedua-dua beregu dilihat saling mengejar mata.