Petunjuk baharu lokasi MH370: MOT sedia bekerjasama dengan ATSB

Iklan
Kementerian Pengangkutan sedia bekerjasama dengan ATSB berhubung petunjuk baharu lokasi pesawat MH370 yang hilang. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedia bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berhubung petunjuk baharu lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Menerusi kenyataannya, MOT memaklumkan langkah itu akan dibuat sejurus hasil keputusan daripada penelitian ATSB diperolehi kelak.

Iklan
Iklan

"Kementerian mengambil maklumat ATSB sedang meneliti data baharu yang dikeluarkan oleh seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi pesawat MH370," kata kementerian itu pada Jumaat.

Menurut MOT, perbincangan lanjut dengan Kerajaan Republik Rakyat China dan Australia juga akan dibuat berdasarkan bukti boleh dipercayai, yang mungkin membawa kepada pencarian baharu.

Iklan

"Sama seperti ATSB, MOT tidak boleh mengulas secara terperinci tentang kesahihan penilaian Richard tanpa semakan dan pengesahan pihak ketiga.

"MOT bersimpati kepada ahli keluarga mangsa serta berpandangan bahawa sebarang bukti baharu yang boleh dipercayai perlu dipertimbangkan dan diteliti sewajarnya," katanya.

Iklan

Pada Disember lalu, Richard dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia mendedahkan Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Dia telah menghabiskan masa setahun untuk menyiasat dan mengira kedudukan MH370 dengan menggunakan teknologi pengesanan baharu.

Sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak kira-kira 4,000 meter di bawah permukaan lautan.