Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara menurun kepada 1.27

Iklan
Noor Hisham

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 negara dilaporkan menurun pada tahap 1.27 pada Khamis

Berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya pada Jumaat, Labuan masih merekodkan kadar tertinggi sekali gus melepasti Rt negara dengan kadar 1.99.

Iklan
Iklan

Sarawak mencatatkan 1.50 manakala Sabah 1.47 diikuti Perlis (1.44); Kedah (1.41); Pulau Pinang (1.39); Terengganu (1.37); Kelantan (1.36) dan Selangor (1.32)

Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt pada 1.30, manakala, Pahang dan Kuala Lumpur mencatatkan kadar 1.29 diikuti Putrajaya dan Johor 1.27; Perak (1.23) dan Melaka (1.21).

Iklan

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Iklan