Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM bakal dipanggil SPRM?

Iklan
Tan Sri Dzulkifli Ahmad

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dijangka dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya esok.

Memetik laporan Astro Awani, beliau diminta hadir bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan audit membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

Dzulkifli dikatakan antara saksi utama selepas pihak SPRM meneliti dokumen asal laporan akhir Audit 1MDB untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).

[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan 1MDB: PAC panggil Najib, Ali Hamsa, Arul Kanda]

Iklan
Iklan