BINTANG tengah Bayern Munich, Kingsley Coman menyelamatkan maruah gergasi Bundesliga itu apabila menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk keputusan seri 1-1 menentang RB Salzburg pada perlawanan pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Perlawanan di Red Bull Arena Salzburg menyaksikan tuan rumah terlebih dulu mendahului pada minit ke-21 hasil jaringan Chukwubuike Adamu selepas menggantikan penyerang utama Noah Okafor yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.