Pengisian katil ICU, bukan ICU dan PKRC melebihi 50 peratus

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Johor dan Kuala Lumpur didapati telah melebihi 50 peratus susulan peningkatan mendadak kes harian positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengisian katil bukan ICU untuk kes Covid-19 turut melebihi 50 peratus.

Iklan
Iklan

"Ia membabitkan hospital di Selangor, Kelantan, Perak, Perlis, Sabah, Putrajaya, Johor dan Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di 10 negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Johor, Kedah dan Perak juga mencatatkan penggunaan katil melebihi 50 peratus.

Iklan

"Bagi Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah 4.05 peratus dan 37 peratus daripada kapasiti keseluruhan ventilator jika termasuk kes bukan Covid-19," katanya.

Beliau berkata, meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, namun pada hari-hari berikutnya, ada kes yg boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi sehingga memerlukan kemasukan ke PKRC atau hospital.

Iklan

"Sehingga 5 petang 16 Februari, pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,269 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 1,269 kes itu, terdapat 428 kes kategori tiga hingga lima.

"Sebanyak 841 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya.