23 maut akibat hujan lebat, tanah runtuh di Brazil

Iklan
Orang ramai berdiri di jalan yang dinaiki air di Petropolis, Brazil. - Foto Lucas Mariano/Reuters

BUENOS AIRES - Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh dan banjir yang menyebabkan sekurang-kurangnya 23 kematian di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media.

Menurut saluran berita G1, mangsa yang terkorban dilaporkan di bandar Petropolis di utara Rio de Janeiro.

Iklan
Iklan

Angka kematian kemungkinan meningkat.

Presiden Brazil Jair Bolsonaro, yang kini dalam lawatan rasmi ke Moscow, menerusi Twitter berkata, beliau telah meminta menterinya untuk memberikan bantuan segera kepada mereka yang terjejas di Petropolis. - Bernama

Iklan
Iklan