LEE ZII JIA akan berguru dengan bekas pemain perseorangan Indonesia, Indra Wijaya di Kelab Badminton Lee Zii Jia yang ditubuhkan pemain perseorangan lelaki negara tersebut selepas bergerak secara profesional setelah tidak lagi bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Perkembangan terbaru itu dikongsi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, yang memaklumkan permohonan pemain nombor tujuh dunia berusia 23 tahun untuk penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia mendapat kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).