Meninggal dunia ketika adili perlawanan bola sepak

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di Taman Berjaya, Kajang, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung lelaki berumur 50-an itu, yang tidak sedarkan diri pada 4.17 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang merupakan pengadil perlawanan, rebah di tengah padang ketika perlawanan telah berlangsung dalam tempoh 19 minit.

"Pihak ambulans yang tiba terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan telah mengesahkan kematiannya.

Iklan

"Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Iklan