Himpunan aman solidariti kedamaian tolak kebencian, Sabtu ini: Mujahid
Iklan
KUALA LUMPUR - Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata perhimpunan itu bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu