Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara cecah 1.47

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 dalam negara merekodkan lonjakan sehingga mencecah 1.47 pada Rabu berbanding 1.39 Selasa.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Facebooknya pada Khamis, semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Labuan dan Sarawak merekodkan kadar tertinggi iaitu masing-masing 1.94 dan 1.84.

Iklan
Iklan

Ia diikuti Sabah dengan mencatatkan 1.73, Perlis (1.67), Putrajaya (1.46), Terengganu (1.42); Pulau Pinang (1.38); Kedah (1.37) manakala Johor dan Kelantan masing-masing 1.31.

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Selangor dengan 1.27 disusuli Perak (1.25); Kuala Lumpur (1.22); Melaka (1.19) dan Negeri Sembilan (1.17).

Iklan

Pada Rabu, Malaysia terus merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan baharu Covid-19 dengan 17,134 kes dilaporkan pada Rabu.

Iklan