EMPAT lagi pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook menyatakan empat pemain itu adalah penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili; Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar.