[VIDEO] Status vaksinasi bertukar tidak lengkap jika tidak ambil dos penggalak

Iklan
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media status terkini kes penularan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sijil vaksinasi penerima dos primer Sinovac akan bertukar menjadi putih sekiranya individu tersebut tidak mendapatkan dos penggalak Februari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan data terdapat 3.5 juta penerima dos primer Sinovac masih belum mendapatkan dos penggalak.

Iklan
Iklan

"Jika mereka yang layak tidak mendapatkan dos penggalak pada Februari ini, sijil vaksinasi kuning akan bertukar menjadi putih mulai 1 Mac," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Iklan

Menurutnya, sekiranya enggan menerima campuran vaksin, penerima dos primer Sinovac kini boleh mengekalkan jenama vaksin sama sebagai dos penggalak.

"Jika tidak mahu terima Pfizer, tidak mahu AstraZeneca, kita masih ada sedikit lagi bekalan Sinovac dan akan disediakan berdasarkan first come first serve," katanya.

Iklan

Beliau berkata, meskipun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan bahawa orang ramai masih digalakkan untuk menerima vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

"Sekali lagi saya ingin tegaskan perlindungan yang terbaik adalah dengan Pfizer atau AstraZeneca.

Sebagai analoginya, Khairy berkata, KKM menyarankan individu mengembara ke negara musim sejuk memakai kot (coat) dan memberikannya secara percuma tetapi mereka enggan menerimanya serta mahu memakai baju T sahaja.

"Okaylah, baju T itu lebih baik dari mereka tidak memakai apa-apa, kita beri pilihan," katanya.

Sementara itu, ditanya masa ada penerima dos penggalak Sinovac berkemungkinan memerlukan satu lagi dos penggalak dalam sela masa tertentu, Khairy berkata, ia tiada dalam perancangan kementerian.

"Setakat ini dos ketiga itu adalah sebagai dos penggalak," katanya.