Tarrant mahu wakili diri sendiri di mahkamah
Iklan
CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Pengganas kulit putih yang melancarkan serangan maut di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu, dilapor memecat peguam yang ditugaskan mewakilinya.
Brenton Tarrant,28, dilapor mahu membela dirinya sendiri di mahkamah, dan keputusan tersebut menimbulkan kebimbangan dia mungkin akan menjadikan perbicaraan itu sebagai platform memperjuang kepercayaannya.