Covid-19: Sarawak rekod trend peningkatan kes harian

Iklan
Sarawak merekodkan trend peningkatan kes harian Covid-19 selepas mencatat 42 jangkitan pada Sabtu berbanding 22 kes pada Jumaat. - Gambar hiasan

KUCHING - Sarawak merekodkan trend peningkatan kes harian Covid-19 selepas mencatat 42 jangkitan pada Sabtu berbanding 22 kes pada Jumaat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kesemua kes yang dilaporkan pada Sabtu merupakan jangkitan tiada gejala dan mempunyai gejala ringan.

Iklan
Iklan

Pada 1 Februari lepas, Sarawak hanya merekodkan 17 kes harian dan jumlah itu meningkat kepada 21 pada 2 Februari dan 20 pada 3 Februari.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sarawak kini mencecah 252,945. - Bernama

Iklan
Iklan