Tujuh maut pesawat terhempas di Gurun Nazca, Peru

Iklan
Pasukan penyelamat meninjau bangkai pesawat yang membawa sekumpulan pelancong terhempas di Gurun Nazca di Peru. - Foto AFP

BUENOS AIRES - Tujuh orang maut selepas sebuah pesawat yang membawa sekumpulan pelancong terhempas di Gurun Nazca di Peru, Sputnik memetik laporan media.

Menurut stesen penyiar RPP, pesawat itu membawa pelancong melawat Garisan Nazca, yang terkenal di dunia dengan pelbagai lukisan besar atas muka bumi (geoglyph).

Iklan
Iklan

Pesawat itu membawa rakyat Belanda dan Chile. Punca kejadian masih tidak diketahui. - Bernama

Iklan

Iklan