SAFA terima tajaan RM500,000 daripada redONE

Iklan
542602

PERSATUAN Bolasepak Sabah (SAFA) telah menerima tajaan bernilai RM500,000 daripada penaja utamanya Red One Holding Bhd (redONE).

Tajaan itu diserahkan kepada SAFA oleh Pengerusi redONE, Tan Sri T C Goh semasa majlis makan malam bagi mengumpul dana anjuran persatuan bola sepak itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Khamis.

Iklan
Iklan

Goh, yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah, berharap tajaan itu mampu membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Negeri di Bawah Bayu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Presiden SAFA, pula berterima kasih kepada redONE atas sokongannya. - Bernama

Iklan
Iklan