Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Iklan
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat.
KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah.
Pada 9.11 pagi Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.1800/1835 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1850 yang dicatatkan pada akhir urus niaga pada Khamis.
Iklan
Iklan
Setakat pagi Jumaat, harga minyak mentah Brent yang juga merupakan penanda aras global menokok 0.18 peratus kepada AS$91.27 setong.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.
Iklan
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1104/1132 daripada 3.1007/1021 pada Khamis dan rendah berbanding euro kepada 4.7865/7905 daripada 4.7207/7224, sebelum ini.
Berbanding pound Britain, unit tempatan itu susut kepada 5.6890/6937 daripada 5.6716/6736 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6370/6400 daripada 3.6458/6474. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>