Mesir, Senegal berentap final Piala Negara-negara Afrika

Iklan
Aksi Mohamed Salah ketika Mesir berdepan Cameroon dalam aksi separuh akhir Piala Negara-negara Afrika. - Foto Egypt FA

MESIR akan menentang Senegal pada perlawanan akhir Piala Negara-negara Afrika pada Ahad ini selepas menewaskan Cameroon 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir.

Pada perlawanan di Stadium Olembe itu, penjaga gol Mohamed Abou Gabal muncul wira The Pharaohs apabila menyelamatkan dua sepakan The Indomitable Lions sekali gus mengecewakan tuan rumah.

Iklan
Iklan

Cameroon hanya berjaya menyempurnakan satu daripada empat sepakan penalti, dengan Abou Gabal menggagalkan dua daripadanya sebelum sepakan Clinton Njie tersasar manakala

Mesir menyempurnakan ketiga-tiga sepakan.

Iklan

Biarpun begitu, Mesir terpaksa melupakan khidmat pengendali Pharaohs, Carlos Queiroz pada perlawanan akhir tersebut selepas diarah meninggalkan padang di separuh masa kedua selepas bertelagah dengan pengadil.

Mesir menyasarkan kejuaraan kelapan Piala Negara-negara Afrika apabila berdepan The Lions of Teranga kendalian Aliou Cissé pada Ahad awal pagi Isnin.

Iklan