Covid-19: Lapan kematian baharu direkodkan

Iklan
KKM melaporkan lapan kematian baharu Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 32,000 orang. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan lapan kematian baharu Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 32,000 orang.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga kematian dilaporkan di Perak, Negeri Sembilan dua kes manakala Johor, Kelantan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu kes.

Iklan
Iklan

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau ASEAN dan Asia Timur dengan 969 kematian bagi setiap sejuta penduduk dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Menurut data yang dikeluarkan, purata 14 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari sebanyak sebanyak kes menunjukkan aliran penurunan.

Iklan

Dilaporkan sejak Rabu terdapat 61,426 kes aktif Covid-19 iaitu peningkatan sebanyak 28.5 peratus daripada 47,805 jangkitan aktif sejak seminggu lalu.

Jumlah kes aktif meningkat sebanyak 54.8 peratus daripada 39,682 berbanding 30 hari lalu.

Iklan