Air pasang besar diramal berlaku sehingga Sabtu ini
Iklan
SHAH ALAM - Penduduk di pesisir pantai terutamanya di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula Selasa hingga Sabtu ini.
Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia memaklumkan, kawasan berisiko adalah di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datoh, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian, Johor.