Fernandes tutup akaun Facebook

Iklan

SHAH ALAM - Ketua Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tony Fernandes menutup akaun Facebook dan berkata beliau mungkin akan menutup laman Twitternya.

Menerusi posting di Twitternya, beliau berkata"jumlah kebencian yang ada dalam media sosial kadang-kadang jauh melebihi kebaikan".

Iklan
Iklan

"Tetapi mengenai Twitter, saya fikir perjuangan saya berterusan,” katanya.

Menurutnya, akaun Facebook beliau mempunyai 670,000 pengikut.

Iklan

Sementara itu, dalam satu hantaran di Twitter semalam, beliau mengaku sebagai"peminat utama” media sosial, beliau perlu berfikir secara mendalam sama ada untuk mengekalkan Facebook selepas streaming secara langsung tembakan besar-besaran di New Zealand.

Fernandes mempunyai kira-kira 1.29 juta pengikut di Twitter dan telah di tweet lebih 20,200 kali sejak menyertainya pada 2008, sering mengulas mengenai prestasi syarikat dan pasukan sukannya.

Iklan

Beliau adalah pemilik bersama kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers.

AirAsia adalah salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini. - Bloomberg