Harimau Muda rekrut lagi lima pemain baharu
Iklan
Lima pemain baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.
LIMA pemain baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, tiga daripadanya merupakan pemain dalam senarai simpanan iaitu Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal dari Johor Darul Ta’zim (JDT) III, dan K. Thivandaran dari Penang FC.
Iklan
Iklan
Dua lagi pemain yang turut tersenarai ke kem latihan itu adalah A Selvan dan N Javabilaarivin dari Negeri Sembilan FC.
Menurut FAM, Muhammad Firdaus, Muhammad Najmudin dan Thivadaran telah memulakan latihan bersama skuad B-23 kebangsaan pada 27 dan 28 Januari lepas, manakala Selvan serta Javabilaarivin menyertai pasukan bermula Selasa.
Iklan
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari dan akan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Prince pada 15 Feb, sebelum berdepan dengan Laos pada 18 Februari di venue sama dan bertemu Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.
Tiga juara kumpulan dan pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir pada 24 Februari manakala perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 26 Februari.
Iklan
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com