China sumbang barangan bantuan 500 tan ke Afghanistan

Iklan
Barangan bantuan seberat 500 tan tersebut terdiri daripada gandum, gula, minyak masak, dan alat pemprosesan kentang. - Foto Twitter Wang Yu

BEIJING - Kereta api dengan muatan barangan bantuan bertolak dari Xinjiang, China menuju ke Afghanistan, pada Ahad.

Duta Besar China ke Afghanistan, Wang Yu menerusi akaun media sosialnya berkata, barangan bantuan seberat 500 tan tersebut terdiri daripada gandum, gula, minyak masak, dan alat pemprosesan kentang.

Iklan
Iklan

"Barangan bantuan yang lain pula akan dibawa menggunakan kereta api ke Afghanistan pada bulan depan dan China sedaya upaya menyalurkan bantuan kepada rakyat Afghanistan," tambahnya.

Kerajaan sementara Afghanistan telah mengagihkan bantuan makanan seberat 600 tan yang disumbangkan China ke beberapa wilayah termasuk Kabul, Kandahar, Helmand, Gur and Farah pada 29 Januari. - Bernama

Iklan
Iklan