BEREGU lelaki muda negara, Chia Weijie-Low Hang Yee merangkul gelaran pertama tahun ini apabila menjuarai Terbuka Ukraine 2022 selepas menundukkan pasangan Denmark, Emil Lauritzen-Mads Vestergaard dalam saingan tiga set pada Isnin.
Bagaimanapun, Weijie-Hang Yee bermula agak goyah apabila tewas tipis dalam set pertama, 19-21 sebelum bangkit untuk mengesahkan kejuaraan dalam dua set berikutnya dengan 22-20, 23-21 dalam aksi 57 minit.