Tahun Baharu Cina: Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

Iklan
Antara situasi kenderaan di lebuh raya menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan terkawal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina esok (Selasa).

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat 11.35 pagi Isnin, aliran trafik menuju utara dan selatan negara lancar berikutan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing bermula Jumaat lepas.

Iklan
Iklan

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Skudai juga lancar di kedua-dua arah.

"Terdapat insiden pokok tumbang di Kilometer 31 arah utara Kulai-Sedenak, hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik - Bernama

Iklan