Mesir berhak menang

Iklan
Penyerang Mesir, Mohamed Salah (kiri) cuba melepasi pertahanan Mesir, Adam Masina pada aksi suku akhir berkenaan. -Foto EPA

PENGENDALI Mesir, Carlos Queiroz menyifatkan skuad kendaliannya itu berhak menang dan mara ke separuh akhir kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 berdasarkan kepada pemain-pemain terbaik yang dimiliki ketika ini.

Menurut Queiroz, skuad The Pharaohs itu juga dilihat mampu untuk menjulang kejuaraan AFCON edisi kali ini dan mereka semakin hampir untuk melakukannya.

Iklan
Iklan

"Saya berani mengatakan kami mampu muncul juara AFCON kerana kami ada pemain-pemain yang hebat.

"Sebagai contoh, pada aksi suku akhir hari ini (Isnin), kami ketinggalan 0-1, tetapi kami berjaya bangkit, mengejar dari belakang dan menguasai perlawanan untuk muncul sebagai pemenang.

Iklan

"Setelah menewaskan pasukan hebat seperti Maghribi, kini kami akan berdepan tuan rumah Cameroon dan kali ini kami akan buktikan bahawa pasukan ini bukanlah bersandarkan hanya kepada pemain tertentu tetapi kami saling bekerjasama untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Aksi suku akhir pada Ahad menyaksikan Maghribi mengejutkan Mesir menerusi jaringan Sofiane Boufal menerusi sepakan penalti pada minit ke-6.

Iklan

Bagaimanapun, jentera serangan Mesir diketuai penyerang sensasi, Mohamed Salah dilihat tidak berputus asa mengasak ke gawang Maghribi bagi memburu gol penyamaan.

Asakan-asakan berkenaan akhirnya berhasil apabila Salah memanfaatkan di depan pintu gol The Reds bagi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-53 sebelum Trezeguet atau nama sebenarnya Mahmoud Ahmed Ibrahim Hassan, menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-100 masa kecederaan.

Sementara itu pengendali Maghribi Vahid Halilhodzic berkata, pihaknya tetap berbangga dengan aksi dipamerkan kesebelasan pemain Maghribi pada perlawanan berkenaan biarpun gagal mara ke separuh akhir.

"Saya boleh lihat, pemain telah berikan segala-galanya. Malah, mereka turut menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

"Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dipertahankan dan seterusnya menyaksikan kita gagal ke separuh akhir kali ini,” katanya.