Kes baharu positif Covid-19 menurun kepada 5,139

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 pada Sabtu menurun kepada 5,139 kes berbanding 5,522 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,861,069 kes.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 226 kes import dikesan membabitkan 139 rakyat tempatan dan 87 warga asing.

"Sebanyak 4,913 kes penularan dalam negara yang melibatkan 4,714 rakyat tempatan serta 199 kes warga asing turut dilaporkan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, seramai 119 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 69 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM turut merekodkan 3,767 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,777,715 kes," katanya.

Iklan

Dr Noor Hisham berkata, lima lagi pertambahan kluster baharu Covid-19 dikenalpasti KKM.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,399 dan 6,108 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala selebihnya, 291 kluster masih aktif," katanya.

Sementara itu, hanya tiga negeri dan wilayah merekodkan sifar kadar kebolehjangkitan (Rt) iaitu Labuan, Sarawak dan Perlis manakala Terengganu mencatatkan nilai Rt 0.85.

12 negeri dan wilayah lain mencatatkan nilai Rt antara 1.0 (Perak) hingga 1.19 (Negeri Sembilan dan Kedah).

Nilai Rt negara adalah pada kadar 1.15.