Cuti am tambahan berbayar sektor swasta di Wilayah Persekutuan
Iklan
PUTRAJAYA - Semua majikan swasta yang berada di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah memberikan satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar kepada pekerja pada 3 Februari.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 1 dan 2 Februari juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.