Agong dibenarkan keluar IJN hari ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada Jumaat.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan, Seri Paduka dibenarkan keluar dari IJN pada 11 pagi tadi setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan sejak Sabtu lepas.