Presiden wanita pertama Honduras angkat sumpah

Iklan
Xiomara Castro
TEGUCIGALPA - Xiomara Castro mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Honduras pada Khamis dan berikrar untuk mereformasikan negara yang dilanda jenayah dan kemiskinan itu menjadi sebuah negara sosialis dan demokratik.

Beliau menjadi Presiden pertama daripada kalangan wanita memegang jawatan tersebut selepas memenangi pilihan raya Presiden yang mewakili Parti Libre pada November tahun lalu.

Castro, 62, yang juga pemimpin parti itu menang pilihan raya tersebut selepas menewaskan pencabar terdekatnya, Nasry Asfura iaitu Datuk Bandar Tegucigalpa daripada Parti Kebangsaan.

Iklan
Iklan

Majlis angkat sumpah jawatan itu dilakukan di hadapan Hakim Carla Romero di hadapan 29,000 orang di sebuah stadium di Tegucigalpa.

Tetamu yang menyaksikan majlis angkat sumpah itu ialah Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, Raja Felipe VI dari Sepanyol dan Naib Presiden Taiwan, William Lai. - Agensi

Iklan
Iklan