16 gerai di Bukit Angin terbakar

Iklan
Kebakaran pagi tadi yang menyebabkan 16 unit gerai terjejas.

TEMERLOH - Sebanyak 16 unit gerai di Bukit Angin, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Orang awam dikatakan datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin memaklumkan kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 pagi.

Iklan
Iklan
Bomba ketika melakukan kerja-kerja pemadaman api di salah sebuah gerai terlibat.

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasnuddin Hussin berkata, seramai 24 anggota termasuk dari BBP Mentakab dan Temerloh bersama tiga buah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Dalam operasi ini, kita terpaksa buka pintu semua gerai untuk kerja-kerja pemadaman supaya api tidak merebak. Kita dapati di sini tiada dinding pemisah dalam gerai, api bermula dari bahagian atas.

Iklan

"Bagaimanapun, api berjaya dikawal 10 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya kira-kira jam 7.30 pagi," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, setakat ini, kadar kemusnahan melibatkan 40 peratus dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba.

Iklan