Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara meningkat 1.13 pada Rabu

Iklan
Dr Noor Hisham

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di dalam negara merekodkan lonjakan sehingga mencecah 1.13 pada Rabu selepas menunjukkan persamaan pada Isnin dan Selasa pada 1.09.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter miliknya pada Khamis, kadar RT di dalam negara direkodkan berada pada angka 1.0 dan ke atas sejak 19 Januari lalu dan terus mencatatkan peningkatan.

Iklan
Iklan

Terdapat dua negeri yang merekodkan Rt melebihi kadar jangkitan nasional iaitu Negeri Sembilan dengan 1.18 dan Kedah sebanyak 1.14.

Negeri yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Johor (1.12), Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing 1.07, Melaka (1.06), Kelantan (1.04), Sabah dan Pulau Pinang (1.02), Pahang (1.02), Putrajaya (1.01) dan Perak (1.0) manakala Terengganu hanya mencatatkan 0.85.

Iklan

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu. Daripada jumlah tersebut, dua kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut KKM, sebanyak 4,744 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 2,844,969.

Iklan