16 kematian baharu akibat Covid-19

Iklan
Sebanyak 16 kematian baharu Covid-19 direkodkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,918 orang. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Iklan
Iklan

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,918 orang, daripada 2,823,431 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, tiga kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Iklan

Sementara itu, terdapat 45,699 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 38,545 individu atau 84.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Iklan

Data yang dikongsi Kementerian Kesihatan di CovidNow.

Seramai 4,188 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Sebanyak 2,835 kes dirawat di hospital dan 131 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 65 lagi memerlukan mesin ventilator.