PRN Johor: Pejuang tanding 42 kerusi DUN
Iklan
Dr Saharuddin (tengah)dan ahli Pejuang menunjukkan risalah parti berkenaan selepas merasmikan pejabat SPP Sekijang, Segamat Baru, Segamat.
JOHOR BAHRU - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan majoriti Melayu pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.
Bendahari Agung Pejuang, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan untuk bertanding secara solo atau berganding dengan Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
"Pejuang cadang bergerak secara solo dalam PRN ini kerana percaya akan menang di kerusi yang kita tandingi. Perbincangan dengan PH dalam peringkat akhir dan Pejuang akan putuskan nanti selepas meneliti beberapa perkara.
"Kita yakin orang Melayu akan memilih Pejuang. Jika menang kita akan bentuk kerajaan sendiri walaupun dua pertiga majoriti menang atau 36 kerusi DUN negeri sudah boleh membentuk kerajaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Iklan
PRN Johor akan menyaksikan Pejuang bertanding dalam pilihan raya buat kali pertama selepas menolak untuk bertanding dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19.
DUN Johor dibubarkan pada Sabtu selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.
Iklan
Dr Saharuddin yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, keyakinan Pejuang mampu menarik sokongan Melayu adalah berasaskan program yang dibuat parti itu menerusi siri jelajah Tebuk ke seluruh negeri sejak hujung tahun lalu.
Beliau memberitahu, program yang bermula November lalu memperkenalkan moto parti Berintegriti, Bersih, Cekap dan Amanah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>