Kaji semula keputusan kekalkan Ronald
Iklan
Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa mengkaji semula keputusan mengekalkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana ia bertentangan dengan janji PH dalam manifesto PRU14 yang akan melantik pemimpin pembangkang mengetuai PAC."Seharusnya, jawatan Pengerusi PAC ini diisi oleh pembangkang yang bukan sahaja untuk meneruskan akauntabiliti eksekutif.
Iklan
Iklan
Malah, untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negara serta memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.
"Andai kata masih terus disandang oleh `orang sendiri', PH dikhuatiri tidak mendapat apa-apa manfaat selain `persepsi demi persepsi' apabila pada masa sama Speaker Dewan Rakyat sendiri sedang melaksanakan pembaharuan institusi," katanya dalam kenyataan hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: PH setuju Kiandee kekal Pengerusi PAC
Semalam, Dr Mahathir mengesahkan Ronald yang kini menyertai Bersatu masih kekal sebagai Pengerusi PAC.
Iklan
Sebelum ini, manifesto PH menyatakan jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada ahli Parlimen daripada pembangkang.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, pelantikan Pengerusi PAC dari pembangkang berperanan sebagai semak dan imbang yang berkesan untuk mengekang ketirisan dan salah guna kuasa.
Iklan
"Jika tiada semak dan imbang, maka tetap berlaku sesuatu yang tidak baik sehingga mungkin terjadi mana-mana wakil rakyat dari PH tidak dapat ditegur dan tidak dapat dihalang," katanya.
Dalam perkembangan sama, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan kecewa dengan tindakan Dr Mahathir.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata, Ronald tidak seharusnya diberikan tanggungjawab memegang jawatan itu selepas beliau menyertai Bersatu, sekali gus menjadi sebahagian daripada gabungan parti pemerintah.
Sehubungan itu, badan bukan kerajaan (NGO) itu menggesa semua wakil kerajaan dan pembangkang mengkritik keras tindakan Dr Mahathir kerana jelas merendahkan peranan mereka untuk menjadi ejen semak dan imbang kepada Kabinet.
"Apabila ahli parlimen pembangkang dilantik sebagai Pengerusi PAC ia akan dapat memastikan parti pemerintah tidak dapat mempengaruhi agenda PAC.
"Sepatutnya skandal 1MDB menjadi pengajaran utama kepada kepentingan PAC untuk rentas parti serta tidak diketuai oleh anggota daripada parti kerajaan.
"Mandat PAC adalah untuk menyemak semua akaun awam dan memeriksa laporan Ketua Audit Negara."PAC mempunyai kuasa untuk menyiasat semua urusan kerajaan dengan memanggil menteri Kabinet dan ketua agensi kerajaan untuk menjelaskan sebarang kemusykilan pihak jawatankuasa sendiri mahupun oleh orang ramai,” katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.