Lelaki kematian otak terima buah pinggang babi

Iklan
Jim Parsons menerima dua buah pinggang babi dalam satu pembedahan di sebuah hospital di Amerika Syarikat. - Foto Keluarga Parsons

BIRMINGHAM - Doktor-doktor di Universiti Alabama di Birmingham, Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan pemindahan dua buah pinggang babi kepada seorang lelaki yang mengalami kematian otak dalam satu pembedahan yang diumumkan kepada orang ramai pada Khamis.

Pembedahan itu yang dilakukan pada September tahun lalu tidak didedahkan kepada umum sehinggalah pada Khamis apabila kejayaan pasukan yang melakukan pemindahan berkenaan diterbitkan dalam satu kertas saintifik iaitu 'American Journal of Transplantation'.

Iklan
Iklan

Di hospital universiti itu, lelaki itu yang menerima pemindahan organ itu dikenali sebagai Jim Parsons, 57.

Dia telah diisytiharkan mati otak tetapi masih menggunakan ventilator.

Iklan

Parsons dari Huntsville, Alabama terlibat dalam kemalangan pada akhir September tahun lalu yang menyebabkan dia tidak dapat pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, keluarganya bersetuju membenarkan tubuhnya digunakan dalam kajian itu.

Iklan

Organ yang diterimanya itu sudah diubah suai secara genetik.

Berdasarkan eksperimen tersebut, tubuh Parsons boleh menerima dengan baik organ buah pinggang babi selama lebih tiga hari.

Saintis merumuskan ia sebagai satu penemuan baharu yang boleh merintis jalan lebih besar untuk pelbagai organ lain seperti jantung dan paru-paru babi. - Agensi